NADI E-sukan-Webinar Compositing & Editing
26 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2026, bermula pukul 9.00 pagi, seorang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI E-Sukan iaitu Webinar bertajuk “Compositing & Editing”.
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas compositing dan penyuntingan dalam penghasilan kandungan digital, khususnya dalam konteks e-sukan.
Webinar ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada konsep penggabungan visual (comnpositing), teknik suntingan video, serta penggunaan elemen grafik bagi menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan profesional. Pengisian turut merangkumi tips meningkatkan kualiti visual, aliran kerja penyuntingan dan kreativiti dalam penghasilan video berkaitan esukan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, masalah kemahiran teknikal, serta meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan kandungan digital yang lebih kreatif, tersusun dan berimpak tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: